mY sWeEt pRiNcEsS

Friday 27 July 2012

~ SyUrGa ~

alya : Ibu...nanti Allah bagi kita masuk syurga tak bu..???
ibu  : InsyaAllah sayang...moga kita semua terpilih untuk masuk syurga....

Ya Allah...sesunggahnya anak kecil pun tahu akan nikmatnya syurga...berangan-angan nak masuk syurga...apatah lagi kita sebagai org dewasa...yg tau serba sedikit nikmat yang ada didalam syurga.... mmg itulah doa kita setiap hari....matlamat kita diakhirat nanti untuk masuk syurga yang telah Allah janjikan untuk hambanya yang beriman...

Allah hu Robbi...moga kami diberikan sinar ketaqwaan untuk sentiasa beribat kerna Mu dan mancintai Mu ya Allah....moga kami terpilih untuk menjadi ahli bagi taman2 syurga Mu. walaupun disedari akan hinanya diri ini...masih meminta walaupun selalu lalai untuk menjadi hamba yang terbaik buat Mu...moga hati-hati ini hanya milikMu sahaja....amin...




Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01Bertakwa
02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk
03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14Berbakti kepada kedua orang tua
15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

2 comments:

  1. salam ukhwah..satu perkongsian yg menarik terima kasih

    ReplyDelete
  2. welcome ya ukhti...moga perkongsian yg amat sedikit nie dapat selalu mengingatkan kita...amin...

    ReplyDelete